Sunday, January 16, 2011

Bengkel & Taklimat Unit Pengurusan Akademik Di Seri Costa, Melaka

Bengkel dan Taklimat Unit Pengurusan Akademik 2011 telah diadakan pada 8 dan 9 Disember 2010 bertempat di Hotel Seri Costa, Melaka. Peserta bengkel & taklimat terdiri daripada pegawai dan staf Unit Pengurusan Akademik PPD Segamat. Agenda utama bengkel & taklimat ini adalah membincangkan tentang mesyuarat panitia, bidang tugas, instrumen pemantauan dan perancangan Unit Pengurusan Akademik bagi tahun 2011.




Peserta bengkel & taklimat melaporkan diri pada 8 Disember pukul 10.00 pagi. Seterusnya Ketua Unit Pengurusan Akademik iaitu Tuan Haji Sazali Bin Ahmad memulakan bengkel dengan membentangkan tentang Taklimat Profesional Pengurusan Akademik bersama Pengarah Pelajaran Johor iaitu Tuan Haji Markom Bin Giran yang telah diadakan pada 2 November 2010 bertempat di SMK Sri Tangkak, Ledang. Taklimat ini membincangkan tentang carta organisasi Sektor Pengurusan Akademik (SPA), matlamat strategik SPA, fungsi SPA, tiga aspek yang diberi keutamaan dalam dalam fokus akademik 2010, bentuk kurikulum KSSR, prestasi akademik UPSR, PMR & SPM dari tahun 2006 hingga 2009, sasaran kerja tahunan dan program-program akademik peringkat negeri Johor.



Agenda seterusnya ialah pembentangan tentang instrumen pemantauan oleh PPPD Teknologi & Vokasional (Rendah) iaitu Encik Mohd Jazzmill @ Jamil Bin Ahamad dan Encik Noresam Bin Ismail Instrumen pemantauan ini termasuk format pemantauan yang terkini dan semua perkara yang perlu serta berkaitan dalam pemantauan ke sekolah.





Setelah berhenti rehat untuk makan tengah hari, bengkel & taklimat disambung semula pada pukul 2.30 petang dengan pembentangan oleh Pegawai Kontrak (NKRA) iaitu Encik Zool Fadly Bin Arshad tentang Yahoo Groups bagi Unit Pengurusan Akademik di mana mereka boleh menggunakan Yahoo Groups ini untuk memuat turun serta memuat naik bahan-bahan berkaitan dengan Unit Pengurusan Akademik. Selepas itu, PPPD Teknologi & Maklumat iaitu Encik Ahmad Saifuldin Bin Makkah membentangkan pula tentang E-Gerak. E-Gerak ialah sistem makluman bagi pegawai dan staf untuk memaklumkan tentang pergerakan mereka sekiranya berada di luar kawasan pejabat pada waktu pejabat.



Bagi acara selingan di dalam bengkel & taklimat ini, pada sebelah petang bermula pukul  5.30 petang telah diadakan pertandingan bowling bertempat di Mahkota Parade, Melaka di mana ia dimenangi oleh Encik Mohd Jazzmill @ Jamil Bin Ahamad. Pada sebelah malam pula, pihak Unit Pengurusan Akademik telah mengadakan majlis makan malam bagi meraikan dua orang ahli Unit Pengurusan Akademik iaitu Puan Fadzilah Ashikin Binti Abdul Rahman, pembantu tadbir Unit Pengurusan Akademik yang telah berpindah ke Sekolah Kebangsaan Bandar Putra dan Encik Mohamad Halmi Bin Ismail, pembantu tadbir sambilan yang telah tamat perkhidmatannya.



Pada keesokkannya iaitu 9 Disember, bengkel & taklimat bermula pada pukul 8.30 pagi dengan pembentangan oleh PPPD Sains Kemasyarakatan iaitu Encik Azmi Bin Sukiman tentang PCG (Per Capita Grant). Pembentangan ini menerangkan tentang dasar kerajaan, amalan-amalan perkhidmatan, surat pekeliling ikhtisas, surat pekeliling kewangan, pekeliling kemajuan perkhidmatan awam serta perkara-perkara yang berkaitan dengan PCG dan kewangan sekolah. Seterusnya Ketua Unit Pengurusan Akademik iaitu Tuan Haji Sazali Bin Ahmad membentangkan tentang mesyuarat panitia, "head count", bidang tugas pegawai dan staf Unit Pengurusan Akademik serta perancangan Unit Pengurusan Akademik bagi tahun 2011. Bengkel & taklimat ini berakhir pada pukul 12.30 tengah hari.